Adakah anda mempunyai kedai emas? bengkel kereta? atau berniaga pakaian bundle? Atau anda menyediakan perkhidmatan menjaga kanak-kanak di rumah? Anda buat kelas tuisyen dari rumah? Anda menyediakan khidmat kereta sewa? Anda buat MLM secara part-time? Anda menyediakan khidmat makeup? Anda jual kuih-muih di tepi jalan? Tidak kiralah apa sahaja cabang bisnes yang anda ceburi, anda WAJIB mempunyai laman web!



Dengan mempunyai laman web, pelanggan lebih yakin dengan bisnes anda.  Rangkaian perniagaan anda pula berpotensi menjadi lebih luas dengan teknologi internet. Dengan mempunyai laman web juga, mereka berasa yakin yang anda serius dalam berbisnes. Ketahuilah, pelanggan suka berurusan dengan orang yang serius dalam perniagaan.


Secara psikologi, pelanggan akan membeli dari usahawan atau jenama yang mereka familiar (selalu  nampak, dengar, dan ingat). Menurut kajian, 98% bakal pelanggan tidak akan membeli semasa pertama kali mereka melihat jenama anda. Kebarangkalian mereka mula membeli selepas 8 kali mereka melihat atau mendengar mengenai anda. Disinilah peranan laman web dalam meningkatkan sesebuah perniagaan.

Sebagai contoh, anda penjual kek dan anda mengedarkan flyer yang tertera alamat laman web anda. Apabila bakal pelanggan menerima flyer anda, mereka akan membuka laman web yang tertera.  Apabila mereka membuka laman web anda, secara tidak langsung jenama, produk dan wajah anda memasuki memori mereka. Setiap kali mereka melayari laman web anda, semakin melekat imej bisnes anda di dalam minda mereka. Kelebihan internet yang sentiasa terbuka 24 jam tanpa henti boleh menjadikan anda dan jenama anda lebih cepat diingati. Maka jika satu hari mereka ingin membeli kek, siapa yang mereka akan ingat? Tentulah anda! Bayangkan jika anda tidak mempunyai laman web, tentu nama anda terhapus dari lipatan kenangan.  Yang paling sedihnya, pesaing anda yang mempunyai laman web lebih diingati oleh mereka. 


Antara testimoni klien kami:



Laman web adalah media pemasaran yang WAJIB bagi usahawan. Bisnes anda mampu pergi lebih jauh dengan teknologi internet. Hubungi kami sekarang untuk tempahan. Anda pasti berpuas-hati!